Monday, 20 May 2013

Kalau aku tahu dia akan pergi........

Assalamualaikum,,
setiap yang hidup pasti akan merasa mati,,
19/5/2013 genaplah 10 tahun abang aku pergi menghadap Ilahi,,
walaupun dah 10 tahun dia pergi,tapi macam baru semalam je dia tinggalkan kami sekeluarga,,
yang paling sedih mestilah family aku termasuk aku sekali,,
sebenarnya banyak sangat kenangan aku dengan dia tapi kenapa aku tak ingat??
aku pernah hilang ingatan ke??*tak logik -.-" 
mungkin betul cakap kawan aku,aku anggap benda tu biasa sedangkan bagi orang lain benda tu tak boleh nak lupa,,
sedihhh,, :'(

Kalau aku tahu dia akan pergi, hari2 aku nak cakap aku sayang dia.....

Kalau aku tahu dia akan pergi, aku akan simpan gula2 yang dia bagi aku masa perhimpunan sekolah.....

Kalau aku tahu dia akan pergi, aku tak bagi dia pergi sekolah asrama jauh2.......

Kalau aku tahu dia akan pergi, aku tak kan gaduh2 dengan dia.....

Kalau aku tahu dia akan pergi, aku akan jaga dia sepanjang dia kat hospital.....

Kalau aku tahu dia akan pergi, aku nak ada di sisi dia saat nafas dia yang terakhir.....

dan kalaulah aku tahu aku akan terkilan macam ni, aku akan cium dia sebelum dia pergi.....

tu semua 'kalau',,,,,,,
budak darjah 4 nak hadapi kehilangan orang yang paling rapat dengan dia???speechless,,,
yang aku tahu aku nangis dan terus menangis,,,
tu yang sekarang aku seboleh2nye nak cium abg2 aku,parents aku sebelum pergi mana2,,,
tak dapat bayangkan kalau tak sempat buat semua tu,,,
malu letak tepi lahh yang penting kasih sayang aku kat dorang,,, :')

kita ni tak tahu bila ajal kita sampai,,,,
ajal maut takkan lambat atau cepat sesaat pun,,,
tak perlu malu nak tunjukkan kasih sayang kat orang lain lagi2 family kita sendiri,,,
setiap orang ada cara masing2 nak tunjukkan kasih sayang tu kan,,
dan sentiasalah memaafkan antara satu sama lain,,,
:)

"No family is perfect, we argue, we fight. We even stop talking to each other at times, but in the end, family is family. The love always be there."

untuk arwah abang, Muhammad Hanif Hamzah semoga abang ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman,,,we missing you,,, :'(


"Having someone to love is family. Having someplace to go is home. Having both is a blessing."

"You can pick your friends but you CAN'T pick your FAMILY. Looks like I got the BEST of both worlds."

~Wassalam~








Saturday, 11 May 2013

WADI SOFEA '09 (Tunas Bistari) :)

Assalamualaikum,,,
entri kali ni aku nak update pasal tunas bistari yang aku pernah join dulu,,atau nama korporatnye Syarikat Wadi Sofea SMK Tun Sardon '09,,, :P
entah kenapa sekarang ni suka sangat teringat kisah2 lama,,ececehh,,
kisah lama yang membuatkan diri aku lebih matang sikit dari sebelum ni,, :P
dalam banyak2 kelab aku join,kelab ni yang paling best,,macam2 benda baru kteorang cuba,,macam2 yang kteorang lalui semata2 untuk kelab ni,,
ahli kelb ni ada 15 orang (5 hero,10 heroin) dan 2 orang guru pembimbing yang tersangatlah sempoi (Cikgu Izati & Cikgu Khadijah),, :)
aku lebih suka masukkan gambar dari membebel macam mak nenek,,,yelaa Yuna ada cakap,"di setiap gambar ada lagu",,tapi kat gambar yang aku masukkan ni tak ada lagu pun tapi ada kisahnya yang tersendiri,,:)

Tunas Bistari SMK Tun Sardon '09
(masa ni muka baik je semua,bebudak lagi lah katakan :P)

Karnival Keusahawanan di SMK Dato' Menteri

ahli jawatankuasa tertinggi kelab

masa ni kat PERSADA,JB
Tunas Bistari peringkat Negeri Johor :)

Faiq & Zarhana @ Hotel Selesa,JB

Supper time :D

Breakfast @ Hotel Selesa,JB




kelab tunas SMKTS dpt tmpt ke-2 keseluruhan untuk negeri Johor,,
tahniah!! :)

haa tu je lahh gambar2 yang aku dapat cari,,
sebenarnya best dapat join kelab2 ni tapi yang takutnya tak dapat nak bagi komitmen kat study pulak,,aktif dalam kelab tapi yang penting study kena utamakan,,tak guna koko je okay tapi study ke laut,,
yelaa sekarang persaingan ramai,kenalah pandai seimbangkan belajar dengan koko,,
okay lahh,,sikit je bebelan untuk entri kali ni,,hehe
kepada Faziera,Dalila,Zarhana,Liana,Aza,Epul,Nasrul,Akmal,Wafi,Faiq,Farhana,Aini,Soleha & Fareez,,semoga korang berjaya dalam hidup dan happy bersama yang tersayang,,
untuk Cikgu Khadijah & Cikgu Izati,semoga berbahagia disamping suami dan anak2 cikgu yang comel tu,,, :)

"Friendship double your joys and divides your sorrows."

Wassalam,, :)



Thursday, 2 May 2013

ADA APA DENGAN CUTI??!! :o

Assalamualaikum,,
sekarang sedang berlangsungnye cuti sem selama sebulan lebih tapi baru masuk minggu ketiga,,huaaaa,,rasa macam lama pulak cuti,,cehh,,berlagak,,haha
masa tengah kuliah dok sibuk nak cuti,bila dah cuti bosan lah apelah..tu lahh manusia,x reti bersyukur,,*emosi pulak,,hehe :P
kerja aku cuti ni of course lahh tidurrr kalau xde apa nak buat,,hehe,,
klau tak tidur,melantak lah kerjanya,,misi mengembangkan badan,,bila dah kembang setaman,tahu pulak complaint,,*emosi lagi,, :P
cuti kali ni lebih banyak habiskan masa bersama yang tersayang (mak abah),,at least bila aku ada kat rumah,ada lah jugak tempat mereka nak luahkan bebelan,,tak lah sunyi je rumah,, :D

"Family isn't about whose your blood you have.It's about you care about."

plan masa cuti ni banyak lah jugak,,nak gi sana lah,sinun lahh,,tapi bila xde fulus sendiri,batalkan je lah niat tu,,sobsob,,:(
abang aku pulak best gi honeymoon + kerja,,*katanyee,,haha,,yang lagi sorang busy kerja jauh,,
so,tinggal lah aku xde kawan gaduh kat rumah,,
ni ke kehidupan anak bongsu ke macam mane?? :P

"No family is perfect.We argue.We fight.We even stop talking with each other at times,but in the end,family is family...the love will always be there."


xpelahh,,as long as mak abah ade dah cukup dah,kawan2 pun ade,, :)
kepada sesiapa yang sedang menjalani cuti,sila manfaatkan cuti anda sebelum anda menyesal di kemudian hari,,nanti dah start kuliah membebel lah cuti sekejap lah apelah,,*emosi untuk kesekian kalinya,, :P

"Don't waste your time looking back on what you've lost. Move on, for life is not meant to be traveled backward."

"When time is never ready to wait for us, then why should we always wait for the right time? No time is wrong to do the right thing."

Wassalam,, :)

Tuesday, 23 April 2013

ROOM 10,KEM TERENDAK MELAKA in memory :)


Assalamualaikum,,,,
Dah habis sem 4 dah,,yeahhh!!!tinggal lagi 2 sem je nak habis diploma,,in syaa Allah,,itu pun kalau xde sangkut pape subjek lahh,,hehe,,harap2 dapat lulus semua subjek dengan cemerlang,,aminn.. :)
Dup dap dup dap,,takut nak tunggu result keluar tapi tak pe lahh,,redha,terima dengan hati yang terbuka,,dah itu yang kita mampu buat,kalau tak berapa nak okay result sem ni,sem depan buat yang lagi okay,,
mak selalu pesan,"mak,tak kesah adik dekan ke tak,tapi kalau boleh jangan repeat subjek sebab nanti adik yang susah,lagi pun adik yang rasa susahnya belajar,mak hanya boleh bagi sokongan dan doakan adik berjaya."
Terima kasih mak,,mak sangat memahami,,, :D
So,cuti sem yang agak panjang buatlah aktiviti yang berfaedah di rumah,,macam aku,abah cakap duduk rumah je jadi bibik,,hehe,,tak kesahlah,yang penting perut kenyang selalu,, :P
Entri kali ni nak share sikit gambar2 aku masa kat kem terendak melaka dulu,,lebih kurang 3 tahun lepas punya cerita lah ni,,entah kenape aku rindu pulak moment2 kat sana,,rindu sangat,,kem yang tak mungkin aku lupa,,huaaa,,rindu kat kawan2 satu bilik tu,, :(
Dekat kem tu macam2 lah kene buat,,huaaa,,serik jugak,,kene bangun awal lah,,tapi tak pe,,tu semua pengalaman,,dapat kenal kawan2 baru,,seronok,,, :)

yang kanan tu shiva,, :)

my roomates

masing2 pakat nak tayang kasut :P


miss you guys!! <3

yang nombor tergantung tu dah macam i/d masa kat kem

ni hasil masuk lumpur sume tapi sempat masuk sebelah kaki je kat lumpur tu :P



masa ni kat dalam trak nak ke melaka central,nak balek rumah dah,, :(


Kem Terendak,Melaka :)

gambar2 ni hanya kenangan dengan kawan2 yang jumpa baru bape hari tapi rapat macam dah kenal bape tahun,, :)
masing2 dah sambung belajar jauh2,,cehh,,macam jauh sangat je,,ada jugak yang dah kerja,, :)
aku doakan semua kawan2 aku berjaya dalam hidup,,hope one fine day boleh kumpul sama2,,in syaa Allah,,

"Good friends are like stars.You don't always see them,but you know they're always there."

"Tiada ungakapan perpisahan dalam persahabatan,walaupun maut menjadi noktahnya kerana seorang sahabat itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain biarpun tanpa bayangnya."

Wassalam,, :)










Monday, 31 December 2012

2012 KATA PERGI,2013 KATA MARI :D

Assalamualaikum,,,
hari ni hari terakhir dalam tahun 2012,,huhu
macam2 jadi dalam tahun ni,,sedih,gembira,menangis,ketawa dan yang unexpected pun ada,,
it's okay,,tu semua yang buat diri kita makin matang,, :)

tak ada ape pun nak share untuk entri kali ni cuma nak wish HAPPY NEW YEAR kat semua org,,!!
haha,,
haaaa,,sebeelum terlupa,,mesti pernah dengar pasal kiamat yang akan berlaku dalam tahun 2012 kan??
alhamdulillah kita masih diberi kesempatan utk bernafas dan melangkah ke tahun yang baru,,,
apa2 pun kita sebagai manusia kita kena bersedia menghadapi kiamat ni,,
perbanyakkan melakukan kebaikan,,*pesanan ikhlas untuk saya sendiri,,:)
semoga tahun baru,azam baru dapat mengubah diri kita ke arah lebih baik,,,
insyaAllah,,

say BYE to


  and say HYE to


"MENANG bermaksud TIDAK TAKUT kalah. KALAH pula bermaksud TIDAK BERANI mencuba. Selagi anda TIDAK TAKUT kalah dan BERANI mencuba,selagi itulah anada MENANG!"

~wassalam~

Thursday, 15 November 2012

CERITA AZAM BARU

Assalamualaikum,,
Alhamdulillah dah masuk tahun baru dah,tahun 1434 H,,so mesti ada azam baru kan,,
aku pun ada azam baru,,insyaAllah akan aku gagahkan diri untuk penuhi azam tu,,

kita semua mesti pernah terjatuh,,aku pula hampir tersungkur,,,
susah nak bangkit balik,,sekali kita gagal tak bermakna kita gagal untuk selama-lamanya,,
JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI,,

kesilapan dan pengalaman yang lalu membuatkan kita lebih matang hari ini,,
aku cuba untuk jadi yang terbaik,samalah juga ingin jadi sahabat yang terbaik,,
ada satu quote yang aku nak kongsi dengan semua
"If i can't be a pencil to write your happiness,then i will try to be a nice eraser to remove your sadness"


tak perlu mencari yang sempurna,cukuplah kita merasa sempurna bila bersamanya,,
itu yang aku rasakan bila bersama kau,kawan,,
walaupun kita pernah rasa pahit yang teramat,insyaAllah rasa manis tu akan hadir tanpa kita sedar,,
normal lah adat berkawan ada yang gaduh,ada yang menangis,ada yang ketawa,,
jangan terlalu lama simpan dendam ataupun marah tu dalam hati,,buangkan ego tu jauh2 sebab minta maaf dan memaafkan tu sangat indah,,
tak susah nak melafazkan kata maaf tu,,tapi biarlah ikhlas,, :)


"Kemaafan adalah dendam terindah buat saudaramu yang melakukan kesilapan. Tidak ada manusia yang sempurna dan maksum sehingga tiada satu kesalahan pun yang dilakukannya terhadap saudaranya melainkan Nabi Muhammad SAW."


"Mulailah kemaafan itu dari diri kita sendiri dengan memaafkan kesalahan yang pernah dilakukan oleh saudara kita"

walaupun tak dapat menjadi kawan yang sempurna,tapi aku cuba untuk jadi kawan yang terbaik,,insyaAllah,,
 dan ucapkanlah terima kasih kat kawan2 sebab sudi terima kita seadanya,,
TERIMA KASIH KAWAN :)


akhir sekali kita kena ingat,
tiada manusia yang sempurna melainkan saling mengingati antara satu sama lain bagi memperbetulkan kesilapan dan memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik,
SALAM MAAL HIJRAH :)





Thursday, 8 November 2012

MY NEW FAMILY!!

Assalamualaikum..... =)
akhirnya dpt jugak update blog yang dah lama tersadai ni...haha
alhamdulillah ade jugak kekuatan and support dri kwn utk trus update blog ni...
thanks kpd dia.....

So entri kali ni nak update about my brother's wedding yg dah hampir dua bulan dah majlisnye tapi baru ade kesempatan nk update...
gambar2 yg ade ni semua dari lensa kamera abang ak yg diambil sndri oleh aku dan beliau sndri..
so,enjoy!!!


sebelum akad nikah,,,sempat lagi bergambar,, :)
aku terima nikahnya,,,,


gambar-gambar ni masa hari bersanding kat tempat perempuan,Linggi N.Sembilan,,,,,











my chanchan
my sister-in-law and I

Ni pulak masa hari bersanding kat Batu Pahat,Johor,,,,,,,,,





emak dgn nenek :)
kawan 1 kmpung,,tenkiu tlg rewang,,hehe 
sudi jugak dorang datang,,thanks,, :)

my new family!!
lepas ni turn aku pulak,,lme lagi kot,, :)

mas,liana,fatin
thanks for coming,,, :)
sedap jugak suara dorang ni bila berduet,,hee :)


haa,,ni jelahh antara gambar2 yang dapat dimasukkan untk entri kali ni,,
lepas ni turn aku pulak,,hehe,,tapi lama lagi lah agaknye,,
aku doakan abang2 aku ni bahagia till jannah,,,InsyaAllah,,
korang pun doakn jugak ea,,terima kasih ,,
and thanks again for visit my blog,, 
Salam,, =)